Wednesday, September 22, 2010

SEKOLAH HARAPAN BAGI PELAJAR HAMIL

Antara Feminism dan Konsikuen

Pada 17 September 2010, bersamaan hari Jumaat lepas, sebuah sekolah yang disediakan khas untuk para remaja wanita yang hamil luar nikah, telah dibuka secara rasminya di Jasin, Melaka. Mengikut sumber media cetak, ia dibuka di bekas Pejabat Air Melaka dan pentadbiran dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Melaka serta menyediakan kemudahan tempat tinggal, seorang penyelia dan 3 orang guru, dan akan menerima maksimum 40 orang pelajar dan anak negeri Melaka diberi keutamaan dahulu.

5 orang pelajar yang kurang bernasib baik, telah mendaftar, salah seorangnya merupakan bangsa Cina.

Pelbagai isu dan pendapat telah diketengahkan oleh penduduk Malaysia, NGO, pertubuhan-pertubuhan hak asasi, individual, ahli politik dan sebagainya. Ada yang menyokong dan ada yang membantah penubuhan institusi ini.

Aku memetik kenyataan William Ghani Bina; Presiden Kesatuan Guru Sarawak; berkata:
"Banyak kaedah lain boleh dilaksanakan untuk menangani masalah kehamilan luar nikah, termasuk melalui kerjasama ibu bapa dan masyarakat. STU tidak bersetuju dibuka Sekolah Harapan di Sarawak"
BERITA HARIAN, 18 September 2010
Beliau juga menyatakan kekhuatiran beliau berkenaan kehamilan luar nikah akan menjadi satu epidemik dengan penubuhan institusi ini, dan menolak pembinaan institusi ini di Sarawak.

Terdapat banyak pro dan kontra dalam isu ini. Aku sendiri tidak dapat menyatakan sama ada aku menyokong atau menentang penubuhan institusi ini.

Alasan kebanyakan orang yang menentang penubuhan institusi ini adalah kerisauan mereka tentang isu hamil luar nikah akan semakin menjadi-jadi, dan seks bebas akan semakin berleluasa, kerana anak muda remaja sudah tidak perlu risau lagi tentang nasib mereka, kerana yakin akan terbela jika mereka terlanjur dan hamil.

Maka, ia sudah menjadi isu moral. Anak muda akan menjadi semakin liar, tanpa kawalan, dan mereka akan menjadi semakin berani bertindak sewenang-wenangnya, tanpa rasa takut dan risau.

Dengan penubuhan institusi ini juga, ia seakan-akan menjadi booster untuk sel kanser menjadi lebih teruk; malah akan merebak dan berjangkit di dalam masyarakat kita yang kaya dengan adab-adab ketimuran.

Ok, sekarang mari kita lihat dari sudut lain pula, bukan sudut menyokong, tetapi sudut pandangan lain.

Kita tahu, sekolah ini memberi perlindungan kepada gadis yang hamil luar nikah dan sekaligus memberi mereka peluang untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu.

Seperti kita tahu, sudah menjadi satu stigma dalam masyarakat kita, jika seorang gadis itu sudah hamil luar nikah (Melayu Islam khususnya) dia mungkin akan disisihkan keluarga, dipandang hina masyarakat sekeliling, menjadi bahan sindiran orang lain dan sebagainya. Gadis hidup dalam menerima tekanan hukuman masyarakat.

Masyarakat lebih suka menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenangnya, padahal, mereka tidak memainkan peranan dalam memperbaiki sistem kemasyarakatan mereka sendiri. Pada pandangan aku, sekiranya sebuah masyarakat, mahupun komuniti itu, mengamalkan amalam silaturrahim yang sihat serta berlandaskan moral dan etika yang sepatutnya, berkemungkinan isu ini tidak akan terjadi.

Masyarakat tidak seharusnya menyisihkan gadis yang sudah hamil luar nikah, masyarakat harus membimbing dan melindungi mereka, memberi mereka harapan dan menyokong. Dan jangan lupa, ingatkan mereka, insafkan mereka, dan beritahu mereka tindakan mereka adalah salah dan berdosa di sisi agama.

Anda harus ingat, tidak semua gadis hamil luar nikah hamil atas kerelaan mereka, berkemungkinan mereka dirogol. Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan gadis yang hamil akibat dirogol dan dalam masa yang sama disisihkan masyarakat serta keluarga? Trauma akibat dirogol dan tekanan akibat dari hukuman masyarakat, ia akan membawa kepada kemurungan melampau dan masalah mental, ini akan mendorong mangsa melakukan tindakan luar jangkaan seperti membunuh diri ataupun melakukan aborsi tidak sah, ini akan mengancam hidup mereka.

Seperti yang kita semua tahu, jika isu ini dibangkitkan, hanya pihak wanita sahaja akan dipersalahkan dan terus menerima hukuman, padahal yang telah menjerumuskan gadis ini masih bebas.

Sekurang-kurangnya dengan penubuhan sekolah harapan ini sedikit sebanyak boleh menjadi titik-tolak permulaan kepada pembinaan idea-idea lain untuk memperbaiki keadaan sistem sosial masyarakat kita. Jangan terus membangkang dan menidakkan, kerana orang yang mempersoalkan sesuatu tetapi tidak memberi jalan penyelesaian kepada persoalan itu, adalah orang yang jahil. 

Maka, ambil idea Sekolah Harapan ini, garapkan ia, suburkan ia, terapkan ia dengan unsur-unsur moral, keagamaan dan dakwah, kembangkan skop pendidikan serta kaum sasaran dan jadikan ia lebih baik, bukan untuk para Ahli Politik mahupun Menteri, tetapi kepada Rakyat, kerana Rakyat adalah tanggungjawab bersama.

Di sini, aku ingin menyatakan, aku tidak menyokong mana-mana parti politik mahupun mana-mana NGO. Aku juga bukan mewakili mana-mana kaum mahupun agama. Aku bercakap atas dasar kemanusiaan. Aku bukan pendakwah. Aku bukan orang alim. Aku hanya seorang marhaen.


Kredit kepada RageAnonymous

8 comments:

unknown said...

wa tak sokong penubuhan rumah hamil ni.
lepas ni bercambah-cambah remaja hamil tumbuh like mushroom.
lu tak percaya lu tunggu and lihat.
stupid meleis.

afiqsiddhartha said...

aku bukan nak menyokong, tapi aku tak rasa perempuan muda tak bernikah hamil suka pergi rumah hamil ni. Jadi, tak ada isu perlu dibangkitkan mengenai kegembiraan yang akan wujud dalam diri mereka yang akan adakan hubungan seks tanpa kondom, dan dalam masa yang sama, belum bernikah. Mereka pun tak nak hamil kalau buat dosa. Jadi, rumah hamil ni membantu. Bukannya menggalakkan. Kalau kita rasa bantuan yang diwujudkan tak ada gunanya, lebih baik kita buat pesta orgy tahunan. Ramai-ramai hamil haram tanpa sekatan.

Gadis Berkebaya Merah said...

@RageAnonymous

Terima kasih kerana memberi komen!

Jika tidak setuju, sila beri cadangan alternatif kepada penubuhan sekolah ini!

Gadis Berkebaya Merah said...

@Afiqsiddhartha

Semestinya, mana ada girl yg sj2 fuck dgn bf jus wan to get preggy kan, make sense!

Bagi aku ini cuma batu loncatan untuk mengelakkan pembuangan bayi, itu je...

But at the same time, aku harap ada bijak bistari will come out with better idea than this? hopefully!

-xdeath said...

This idea is too merepek... idea sekolah pelajar hamil ni teramat merepek.. kalau buat salah, tak buat pun salah..sama macam rumah bayi

Gadis Berkebaya Merah said...

-xdeath

Thanks sbb beri komen..

Jika idea ini merepek, anda ada idea yg lebih baik?

Cob Nobbler said...

gua rasa
this is gibberish
gomen cuba cakap kepada rakyat
mereka take care of you
no they don't
they trying to isolate you

this is not solving problem
gua rasa those moralist fag
is a big problem

in UK
lu nak bersekekedududukan
lantak kau la
kau tak nak kawin
tapi kau nak bersama
sukati la
tadak hal

cuma
berbalik pada topik lu semalam
ramai lelaki melayu yang pedo
main suntut je gadis belasan tahun
tak tau apa-apa
pasal ekonomi atau sosial

jadi beginilah
kepada rempit-rempit meleis
next time kalau nak menyuntut
pakai kondom
jangan menyusahkan orang.

lu orang bukannya kucing ke anjing
nak main suntut je.
ada akal,guna.

Gadis Berkebaya Merah said...

@Holden Caulfield

Kah kah kah!

Aku rasa sepatutnya kerajaan kena sedia vendor machine utk condom mcm kat Japan..

Xpun suruh Rozita Che Wan launch dia punya REAL LIFE BLOW UP DOLL!