Thursday, September 16, 2010

KITA PUN BISING

"Woi, Cina ni bising la! Orang nak makan pun tak hormat!"
"Hebatnya Cina, karaoke depan Tuhan depa!"
Suatu malam, aku lepak dengan beberapa kenalan aku. 4 orang semuanya, 2 orang wanita dan 2 orang lelaki. Aku ingin bercerita tentang 2 orang wanita dalam kumpulan itu.

Wanita pertama, seorang gadis, bertubuh gempal, Melayu, beragama "Islam", tidak bertudung, memakai legging hitam, berbaju putih ketat sehingga timbul beberapa keratan pinggang dan bermuka perasan cantik.

Wanita kedua, seorang gadis lewat 20-an, berkening tebal dan bersambung, tidak gemuk, Melayu, beragama "Islam", kaki sembang, mulut lancang, dan yang paling terbaik ialah dia seorang Puteri UMNO.

Kami makan disebuah restoran tepi jalan yang menghidangkan makanan laut.

Berhampiran kedai ialah sebuah tokong Cina, yang sedang mengadakan sebuah sambutan berkaitan dengan upacara kaum Cina dan bukan berkenaan agama Buddha. Aku sangat pasti.

Aku leka makan Maggi Goreng, sambil mendengar celoteh politik kosong Puteri UMNO, berkenaan MB baru Perlis Md. Isa Sabu yang dibandingkan dengan MB Perlis lama, Shahidan Kassim. Memang hebat cara dia bersembang, macam kedua-dua MB tu selalu ber"Twitter" dengan dia, macam rapat sungguh. Memang hebat, biasalah resam orang UMNO, bersembang memang hebat. TAHNIAH.

Bunyi bising dari tokong bersebelahan menarik perhatian 2 orang gadis itu. Maka perbualan mereka berubah kepada bunyi bising itu. Maka keluarlah kata-kata yang "enak" dari mulut mereka, dan ia amat digemari oleh para-para supremacy dan fascist! (*rujuk pernyataan di awal pos)

Hebat, memang hebat! Keluar dari Melayu Supreme yang beragama "Islam".

Aku hairan, adakah mereka tidak bersekolah? Tidak dapat membezakan sama ada tokong tempat beribadat bagi agama Buddha ataupun tempat untuk kaum Cina mengamalkan adat menyembah nenek moyang (bukan tuhan) mereka.

Kemudian, mengapa mereka berdua mempersoalkan hak kaum Cina mengadakan upacara itu hanya kerana membuat bunyi bising? Aku menyoal kembali mereka, apakah perasaan kaum Cina tatkala terpaksa mendengar laungan Azan, 5 waktu sehari semalam dari corong pembesar suara di Masjid. Di tambah pula, mereka terpaksa mendengar ceramah agama selepas Maghrib ataupun 'Isya setiap malam. Mereka berdua hanya berdiam diri.

Ya, aku tahu, mungkin ada 2-3 tempat yang memprotes laungan azan dan ceramah agama, itu aku tahu. Siapa tidak protes kalau pembesar suara dinyaringkan hingga boleh memekakkan terlinga. Tetapi, bila kaum Cina mengambil 2 atau 3 malam dalam sebulan untuk mengadakan upacara adat kaum mereka, kita sudah merungut, memaki hamun, dan sebagainya.

Tolonglah wahai para "Melayu", terutamanya yang bersifat perkauman dan fasis. Aku tahu, anda sayangkan "bangsa hebat" anda, tetapi terapkanlah sifat toleransi kepada kaum lain. Jangan menganggap bangsa anda "bangsa suci" hingga tiada orang boleh mempersoalkan anda. Jangan sangka darah bangsa lain kotor, darah "Melayu" pula suci.

Kalu kaum Cina dikatakan suka buat bising, "Melayu" pun suka buat bising, India pun buat bising, Malaysia pun buat bising. Jadi, biasakanlah diri anda dengan kebisingan ini. Sekurang-kurangnya bising ini unik kerana disulam dengan keindahan budaya dan agama. Berbanding bising di kedai kopi dan kabinet, yang penuh tipu dan helah serta dakyah yang terus memperbodohkan kita.


People who are intolerant, categorize and over-react... should all be dragged against a wall and shot.
Arthur M. Jolly -

29 comments:

Anonymous said...

kenapa nak persoalkan tu semua? tenatang azan di tmepat kamu CINA, apa kata kamu pindah ke tempat tiada masjid. Kamu "CINA" sibuk2 nak cari area yang di sebelah masjid kenapa?? Aku melayu, tapi aku pun hormat dengan bangsa lain, tapi aku tak puas hati bila kau tulis macam kesemua melayu kurang ajar macam tu.

Hellioz said...

alahai anon ni.
chillax sudah

penulis tgh cerita point of view dy
bukan pasal semua melayu...

hengat semua orang melayu racists ke ape?

bende ni semua mentality
and environment

terpulang dekat kita yg nak tentukan

gwa yakin,
manusia2 dalam umno semua dah ditanam sgn sifat racists.
thats a fact

gyahahahahaa~

HATRED said...

@Anonymous:

Wow, terima kasih sebab bagi kmen butthurt! FYI aku bukan cainis, aku Melayu gak, tapi aku tak butthurt macam hg! HAHAHAH!

Kat Malaysia ni ada ke tempat xde Masjid, heheh! Aku tidak menyatakan yang azan itu salah, aku cuma membuat perbandingan, dan tidak semua cainis bengang dgn azan, malah ada yang lebih menghormati azan melebihi Melayu "ISLAM" menghormatinya!

Eh, BTW, thanks, u prove me a winrar!!1!1

HATRED said...

@Hellioz:

Lawatan dari ol'timer!

Thanks... Not all Malay are racist neither Cainis! Setiap bangsa ada lebih dan kurang mereka!

Mentality dan environment memang memainkan peranan penting dalam memupuk sikap toleransi... Percaya atau tidak, seorang anak yang membesar dengan bapak mereka seorang racist akan menjadikan dia racist over 9000!

BTW, menjadi ahli UMNO bukanlah totally akan menjadikan anda seorang Racist, tetapi menjadi ahli UMNO yang terlalu fanatik dengan ideologi mereka tanpa berfikir, semestinya akan menjadikan anda racist! dalam parti lain pon ada racist!

Racist bukan berkenaan parti politik yang anda sokong, tetapi apa yang anda fikir dan rasa tentang kaum lain!

Bagi aku, aku memilih untuk tidak memilih!

Tapi setakat sekarang, aku belum pernah lagi jumpa seorang pun ahli UMNO yang tak ada sifat racism! Sad, but true!

Hellioz said...

u prove my point there.
sbb tu gwa cakap umnoism = racism
gyahahahahaah~

screw me
i'm generalizing em'
gyahahah~

lufkin said...

UMNOfags here and not racist. Therefore Hellioz's theory of All UMNO=Racist fail terribly..

Btw lawa blog, Simple 3 kaler je merah, putih (oh shit kaler UMNO!) dan hitam.. im in lovee.. =)

Anonymous said...

dah namapun pertubuhan melayu bersatu, dah tentu la memperjuangkan melayu. tu pun ak boleh fikir ke?

tak nak cari gaduh. wa blah dulu.

detulipp said...

mungkin kaki anda masih belum jauh berjalan...

-pelajari sejarah lampau (either Islam or other civilization)
-kenali negara lain & how they 'treat' their main religion, and how the minorities are treated

it's not that what you are saying is wrong but you still need to read up more...and keep up the spirit =)

Farhan Hassan said...

Salam,

good point of view,

Its the issue we trying to solve right, any suggestion?

For the meantime an act of understanding and tolerance is all we have. So i might suggest a lower tune of angst to be use later. Worry that people misunderstand your point and create hatred.

On the other hand,i would like to confirm that not all UMNO/Chinese/Malay/Indian are racist, beside most of the youth (all races) now are working out this intense situation. Btw, i'm not an UMNO member, just a patriot..a Malaysian citizen ^^

Dear Detulipp, i agree with you that around the world, Muslim was mistreated, but the prophet (s.a.w) teach us to be patient and spread the faith with faith, Insyallah

HATRED said...

@Luf-kin

Hey there lufkin, nice to know unracist UMNOfags like u! Aku tidak bermaksud semua ahli UMNO racist, tapi aku cuma nyatakan aku tidak pernah jumpa lagi ahli UMNO yg tidak racist, except u my Luvly Lufkin!

HATRED said...

@Anon

Me really luv anon!

Oh ye ke, UMNO tu singkatan kepada Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan? Persatuan Melayu rupanya!Kenapa bukan PMB ek tapi UMNO! hairan.. UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANIZATION tu kan bahasa Inggeris dan bukan bahasa Melayu! hmmmm...

HATRED said...

@Detullip

Tak fahamla maksud kamu! Bukan saya menidakkan hak minoriti negara kita, saya cume bercerita tentang insan lain yang menidakkan hak minoriti negara kita! Sila terangkan saya enggak faham donk!

BTW, saya pernah berjalan kaki dari Hulu Dungun hingga Hulu Tembeling, cukup jauh tak tu! Hahahah!

HATRED said...

@Farhan Hassan

+9000 point to you!

Komen yang terbaik bagi entri ini, terima kasih!

lufkin said...

"BILA KEMARAHAN MENGUASAI JIWA BENCI MENJADI PENAWAR"

-fixed

J. Love said...

@detulipp,
negara lain treat minorities macam gampang, we should do the same? lololololol!


@lufkin,
wow you're in love.

@HATRED,
anon butthurt UMNO fag. orang bodoh piang kalau selalu sangat layan memang stok boleh buat perang saudara (sebab dua dua melayu)

oh wait. sorang melayu sorang meleis. not so perang saudara after all. hikhikhik.

detulipp said...

hahaha...saya bukan maksudkan secara literal kamu berjalan kaki. saya assume kamu tinggal di west malaysia kan (malaya)? kamu pernah sampai ke sabah or serawak? pernah tinggal di sana? itu sebenarnya maksud saya dgn berjalan jauh tu (pernah atau tidak menjelajah seluruh malaysia)..hehe
maaf buat kamu slah faham..

j.love: see, maksudnya, kita treat kta pnya minorities with respect. bukanlah saya mahu mereka dilayan sedemikian rupa, cuma kdg2 diberi betis, hendakkan paha...huu~

Holden Caulfield said...

detulip,

cara dia cakap macam yoda
cakap dengan luke skywalker

anda masih belum jauh berjalan

peh - ada aura gitu.

gua nak credit kat owner blog dia.
sebab dia bukak mata
baru sedar
kalau melayu pepagi azan
tak fikir perasaan cina
tapi cina sebenarnya tak kisah
sebab cina rata2 gua kenal
semua jenis bangun awal
yang bangun lambat melayu
kah kah kah!

anyway
gua pernah makan kat jewish restaurant
gua rasa jew takde la kaudu macam melayu sangka
gua rasa sebenarnya
jew lagi best ajak lepak
dorang tak kedekut
gua order gefilte fish
banyak gila.
dan dorang tak kedekut macam semua orang sangka.
yang ni gua blame shylock
dan gua personally blame shakespeare
sebab letak tulisan racist
gua rasa jew ok je.

sama la prasangka
melayu benci cina
sebab cina makan babi
padahal tak sedar
empat perkataan awal melayu
api,padi,besi,babi
babi adalah sebahagian diet australoid
termasuk melayu

dan ada gak cina
langsung tak makan babi
makan sayur je
pengikut kwan yin

aaah,do they bothers?
typical bani melayu
don't bother
just do not miss my cerekarama
kencana holdings bisnes juta-juta
kah kah kah!

HATRED said...

@Lufkin

Thanks Lufkin, love u!

HATRED said...

@J.Love

Heheh, me love anon! Can't stop entertain them!

HATRED said...

@detulipp

Sorry, sy suka loyar buruk! Semenanjung dah abis pusing, s&s tak pi g!

HATRED said...

@Holden Caulfield

Heheh, ramai racist meleis nih racist sket2 je kot, bila nampak amoi pakai singlet nampak ketiak, terkerar juga butoh tu kan!

Hheheheh!

BTW, love ur writting!

amoi said...

HAHA.
aku cina. aku tahu. cina never minds the azan. even tengah tengok drama Hong Kong lepas tu pukul 7 lebih mesti ada azan kat TV kan? we never mind that.

Bukak jah siaran lain atau tunggu beberapa minit habis azan kat TV tu lepas tu sambung tengok drama cina tu balik.

Its depends on the human mentality actually.

:D

lufkin said...

*Blushing*

hardeena haqeem said...

aku ade member non malay,tapi aku tak penah pandang mereka sbg chinese..tapi aku pandang as my buddies..
sama juga, klu aku nmpk org gemuk, aku tak pandang die sbg org yg kuat makan tp orang yg menghargai makanan...

detulipp said...

Holden Caulfield: hahaha..i'll take that as a compliment..haha

Hatred: hehe..it's kinda different in S&S (well Sbh particularly). kalau tgk tv commercials, yg selalu kena emphasize tu malay, chinese and indian. tp d s&s, ada byk etnik and they don't call themselves malay. they felt left out and ada sket prejudis...huhu

HATRED said...

@Amoi

Yeap, u got my point there grllll!

It's true, most of Meleis suka cursing kalu ada Chinese do some of their tradition ritual or religious ritual, bukan selalu pon! Kan?

The real problem is, the Meleis olwes thought they are more Hollier than any race in Malaysia!

HATRED said...

@Lufkin

=^_^=

HATRED said...

@Hardeena Haqeem

klu aku nmpk org gemuk, aku tak pandang die sbg org yg kuat makan tp orang yg menghargai makanan...

Aku rasa dihargai! Hehehe!

HATRED said...

@Detulipp

Yes, betoi! Aku setuju... It's all about Melayu only, macam la Melayu the only so-call Bumiputera, am I right!