Sunday, September 19, 2010

PERKASA MAHU UNDANG-UNDANG HALANG BUKAN ISLAM KUNJUNGI MASJID - SEBUAH JENAKA

Ini cerita lama. Sengaja aku mahu angkatkan semula. Kerana aku menganggap ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan dan teramat jumud, sehinggakan menyerlah sifat ke"Melayu"an Ibrahim Ali.

Isu bermula apabila Teo Nie Ching, ahli Perlimen Serdang, telah mengunjungi serta masuki surau Al-Huda di Kajang bertujuan untuk menyampaikan bantuan berbentuk sumbangan bagi memperbaiki pagar surau Al-Huda dan berbuka puasa bersama ahli AJK surau Al-Huda dan jemaahnya.

Selepas kejadian ini, ramai Melayu Islam mula melatah akibat dijolok oleh para politikus yang seronok menjolok pinggang rakyat Melayu yang memang dikenali dengan tabiat suka melatah mereka.

Pelbagai bunyi-bunyi "indah" mula kedengaran. Ramai perawi "Hadis" mula muncul seorang-demi seorang. Bertempik-tempik di dada-dada media massa mempertahankan pendapat masing-masing. Ada yang kata boleh, ada yang kata haram, ada yang kata harus, ada yang tidak berkata apa-apa langsung.

Dibentangkan "Hadis" yang bersarang di dada sekian lama hingga dipenuhi sawang. Ada juga sebelum ini tidak pernah ingin bicara tentang Islam, mula terlompat-lompat angkat tangan nak bentang hujjah.

Aku terbaca komen dalam satu media elektronik dalam talian berkenaan isu ini, ia berbunyi seperti berikut:
"I sincerely wish that Ibrahim Ali keep come out with nonsense like this. The more he talk crap, the more it will burden UMNO/BN." - VoidDance- [link]
Terbahak-bahak aku ketawa membaca komen ini. Nice LULZ!

Bagi pendapat aku, isu ini adalah terlalu remeh.

Aku ini buta pasal ilmu Fiqah, aku tidak tahu menahu apa-apapun mengenai hukum bukan Islam memasuki Masjid mahupun surau.

Jadi di sini aku tidak mahu menjaja mana-mana hujah berkenaan hukum mengiku agama, kecuali aku ingin menceritakan semula apa yang aku pernah dengar semasa zaman aku muda dulu, di mana zaman "terpaksa" ke masjid, LULZ!

Antara solat Maghrib dan Isya, ada sela masa yang agak panjang, maka akan ada sedikit sesi pengkajian Kitab-kitab Fiqah dan sebagainya.

Terngiang sesuatu di telinga aku, kesan dari aktiviti pengkajian kitab itu dahulu, suara itu berbunyi;
"Dijadikan bumi ini adalah tempat bersujud untuk kamu; sujudlah di mana-mana maka disitulah masjid (tempat bersujud) kamu!"
Aku tidak pasti, adakah itu hadis ataupun hanya kata-kata, tidak berani aku mahu menyatakannya! Takut Ibrahim Ali marah.

Maka, seluruh permukaan bumi ini adalah tempat bersujud para Muslim, maka secara automatik ia adalah Masjid (tempat) bersujud para Muslim. Jika kita perhatikan tindakan PERKASA mahu menghalang bukan Islam masuk ke Masjid seakan-akan sesuatu yang mustahil kan?

Sengaja aku melurus bendulkan otak aku ini.

Bagi aku apa yang PERKASA mahu hanyalah sesuatu dalam khayalan. Dan tindakannya memperkuatkan lagi terminologi ISLAMOFACIST!

Tindakan ini juga aku lihat sebagai tidak bertamadun dan teramat jumud. Pemikiran ini adalah gaya pemikiran zaman Mandi Safar dan Buang Sial di Makam Tok Keramat.

Ini adalah petikan artikel daripada laman web rasmi PERKASA:
"Mereka (PERKASA)  menyifatkan tindakan Nie Ching itu merupakan satu bentuk penghinaan ke atas umat Islam bukan hanya di Selangor tetapi di seluruh negara ini memandangkan Ahli Parlimen berkenaan jelasnya adalah bukan Islam."
Bagi aku, kenyataan ini amat fascist dan rasis. Ini dengan secara tidak sengaja mahupun sengaja akan memberikan imej yang buruk kepada masyarakat Melayu ataupun Islam lain. Sedangkan, bukan kesemua masyarakat Islam mengutuk ataupun mempersoalkan tindakan YB Nie Ching itu.

Mengapa perlu rasa terhina. YB Nie Ching bukan memaki Islam ataupun Melayu. Atau Abang-abang PERKASA (adik sayang) yang terasa terhina, MUNGKIN kerana mereka tidak pernah dijemput ke surau-surau lain. LULZ!

Bagi aku, ia MASIH OK jika YB Nie Ching masuk ke surau tanpa menutup aurat dan mandi hadas, kerana dia seorang bukan Islam dan tidak diwajibkan ke atas beliau semua itu. Yang tidak OK, ialah wanita Muslim, tidak menutup aurat, masuk ke rumah ibadat Islam, macam mana tu wahai Abang PERKASA (adik sayang).


p/s: Kadang-kadang makanan hampir basi sedap dimakan kalau dipanaskan semula, kan?

15 comments:

amoi said...

Aku pernah masuk surau sekolah aku banyak kali. Sebab ajakan kawan Islam aku yang lain. Dorang kata boleh. Then aku tanya ustazah sekolah aku tu. Boleh ke aku masuk surau.

Ustazah itu menjawab boleh. Asalkan menutup aurat dan jaga kelakuan dalam tu.

:D

anak abdullah said...

itu yang best dapat tengok bani meleis menggelabah..hikhikhik

J. Abdullah said...

perkasam ni rasanya, kalau perempuan islam masuk pakai bikini pun dia tak bising. asalkan perempuan tu melayu.

kahkahkah!

HATRED said...

@Amoi

Don't worry la, mmg boleh, janji anda tidak melakukan sesuatu yg tidak bermoral, that's all!

Thanks AMOI!

HATRED said...

@anak abdullah

Hhehe, obvious troll is obvious! Melatah dan menggelabah!

HATRED said...

@J. Abdullah

Mereka menggelarkan diri mereka pembela pribumi dan bumiputra, but, dalam website depa jus byk cerita pasal Meleis n bukan other bumiputras right macam kwn kita yang lain kat sabah n sarawak serta orang asli dan etnik bumiputra lain! Janji kamu Melayu, boleh masuk surau dan masjid, bumiputra lain boleh ke x?

phizz88 said...

silap teo nie ching cuma dia tak menutup aurat sahaja, n for me, taklah seteruk Ms.RM punyer kesilapan... (as malaysilam, aku malu dan sedih) FYI non muslim is actually allowed to enter mosque/surau as long mrk tutup aurat. masa sekolah rendah rilek jer orang non muslim masok masjid shah alam, tapi dengan menutup aurat laa.. hehe.

HATRED said...

@phizz88

Hey fren thanks for visiting my blog!

Yup, yg itu aku akui, mmg dia tersilap! She's non-muslim, so kalau ter'SILAP' maknanya dia TAK TAHU! dia tersilap kerana tidak bertanya..

Tapi Puan RM (nice) pun tak kan tersilap dan tak tahu kan!

BTW, thanks!

amoi said...

I wondering who are you behind the red kebaya!

HAHA~

HATRED said...

@Amoi

VANIDAH IMRAN, I GUESS! LOL

Holden Caulfield said...

apek repair atap.
apek pasang wiring.
apek pasang karpet.
apek pasang paip.
apek bancuh simen.
macha pulak dengan dua-tiga orang nepal tolong susun batu bata.
apek turap tar.
dua orang burma pasang kubah masjid.
ada pulak pilipines tukang besi.

ape citer braheng?
still talk shit?

Holden Caulfield said...

p/s:gua suka quote evy hammond kat atas.
haha!

next time gua kena design blog gua bagi lagi ampuh la.

gua punya blog seriyes nampak lame..kah kah kah!

HATRED said...

@Holden Caulfield

E..V, Evey!

Hehehe.. yg tu quote dr film bukan dr komik, so not so original la!

Weh, betoi gak kan.. semua apek, macha, bhai, nepalese superhero, n pinoy, melayu datang gunting rebin dgn mkn kenduri je!

Gadis Berkebaya Merah said...

thanks sarah!

lufkin said...

UMNO =/= PERKASA, sadly whatever Mr. Toksheet do ppl will relate it to UMNO.. Someone kill this ape pls!!

Btw lama tak singgah makin awesome plak design blog.. jeles2.. (>.<)